“Steady Bang Mat!” – Mat Sabu Dah Ada Twitter

“Steady Bang Mat!” – Mat Sabu Dah Ada Twitter
Presiden Amanah Mohamad Sabu, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu kini mempunyai akaun Twitter dan Instagram rasmi.
  Mat Sabu yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan Malaysia menggunakan tweethandle @MSabu_Official dibawah nama MAT SABU dan itu kini mempunyai sekitar 7,900 pengikut.

Manakala akaun Instagram yang menggunakan ID @msabu_Official kini mempunyai hampir 2,000 pengikut selepas dibuka kira-kira dua jam lalu.
 

Sementara itu, dalam satu kenyataan di akaun Facebook, beliau meminta agar orang ramai berwaspada dengan kewujudan akaun media sosial palsu menggunakan namanya.

“MAKLUMAN, Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi YB Tuan Hj Mohamad Sabu boleh diikuti di @MSabu_Official. Manakala akaun FB boleh diikuti "Mohamad Sabu" dan akaun Instagram: msabu_official.

“Kami mendapati terdapat beberapa akaun yang hampir sama didaftarkan menggunakan nama YB Tuan Hj Mohamad Sabu sehingga menimbulkan kekeliruan ramai. Pihak kami ingin menegaskan bahawa selain daripada akaun seperti dinyatakan di atas temasuk yang sedang tular ketika ini, adalah bukan akaun di bawah seliaan pihak kami. Sekian, Terima Kasih,”


Dalam pada itu, netizen menyatakan rasa gembira dan terharu dengan usaha Mat Sabu yang ingin mendekati rakyat dengan menggunakan platform media sosial.
 



Sumber “Steady Bang Mat!” – Mat Sabu Dah Ada Twitter

Post a Comment

Previous Post Next Post