Kementerian Undang-Undang Singapura dalam satu kenyataan pada pertengahan bulan ini mengumumkan pengharaman penjualan Android Box dan Android TV bagi mengelakkan pengguna mempunyai akses kepada kandungan hiburan yang dianggap sama seperti cetak rompak.
Tujuan mereka mengharamkan Android Box adalah kerana ingin melindungi Hak Cipta sesebuah karya.
Pihak Maybank Investment Bank (IB) mempercayai jika Malaysia meluluskan undang-undang yang sama mengharamkan Android Box di negara ini, pihak tv satelit popular, Astro Malaysia Holdings Bhd akan mencatat keuntungan tahunan yang lebih tinggi. Malah, Maybank Investment Bank turut mengeluarkan analisis ringkas mengenai situasi tersebut.
Apa pula pendapat anda jika Android Box diharamkan di Malaysia?
Sumber Berita : The Star via amazingnara
Artikel berkaitan
Apa itu Android Box?
Android Box adalah sejenis decoder yang menggunakan applikasi Android (seperti Jelly Bean 4.2.2.) untuk membolehkan anda download segala apps yang ada dalam Play Store anda. Jadi, anda boleh menggunakan TV anda sebagai satu Android device.
Apa yang anda boleh mendapat dengan Android TV Box?
Dengan Android TV Box, TV anda akan menjadi satu alat yang berkuasa, dengan banyak applikasi dan fungsi! Lihat di bawah:
Adakah saya perlu piring satelit untuk Android TV Box?
Tidak, anda tidak perlu piring satelit.
Android TV Box bergantung semata-mata kepada sambungan internet anda untuk menerima kandungan yang distrim ke TV anda menggunakan sistem yang dipanggil IPTV (internet televisyen protokol).
Inilah sebabnya mengapa anda tidak perlu membayar langganan bulanan.
Bolehkah saya menerima saluran TV dari negara-negara lain?
Ya, anda boleh menerima saluran TV dari negara-negara Eropah, Amerika, China, Russia, negara-negara Timur Tengah, Korea, Jepun, Australia dan banyak lagi. Terdapat beratus-ratus saluran yang anda boleh menonton di TV anda apabila ia dihubungkan ke Android TV Box.
Anda boleh menonton drama, komedi, muzik, perniagaan, sukan, dan lain-lain - sepanjang hari, setiap hari, untuk sepanjang hidup anda - dengan PERCUMA!
Bolehkah saya juga menonton filem secara PERCUMA?
Ya, anda boleh menonton lebih dari 2,000 filem! Tidak perlu membeli DVD!
Apa lagi yang boleh saya lakukan dengan Android TV Box?
Selain daripada menonton rancangan TV dan filem, anda juga boleh menggunakan Android TV Box untuk melayari internet, melayari laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, menonton filem YouTube, bermain internet game dan lain-lain lagi. Serupa denagan komputer.
Adakah ia sah?
Android TV Box kami adalah asal dari kilang. Ia tidak diubah suai untuk “mencuri” saluran.
Bolehkan cuaca buruk menjejaskan kualiti?
Tidak. Ia tidak menggunakan piring satelit. Oleh itu, cuaca buruk tidak akan mengganggu kualiti streaming.
Bolehkah Android TV Box bersambung melalui WiFi?
Ya. Ia boleh mengesan sambungan WiFi secara automatik.
Saya mempunyai TV lama yang tidak mempunyai port HDMI.
Bolehkah saya menggunakan kabel AV?
Ya, Android TV Box datang dengan pelabuhan untuk kabel AV.
Adakah saya masih perlu membayar yuran bulanan selepas saya membeli Android TV Box?
Tak payah. Anda hanya perlu membeli Android TV Box. Itu sahaja.
Adakah mudah untuk dipasang?
Ya, Android TV Box anda siap diprapasang dengan semua yang anda perlukan.
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah untuk:
1) Pasang power cord
2) Sambungkan kabel internet anda ke port Ethernet (jika anda menggunakan internet berwayar). Jika anda menggunakan WiFi, tak perlu membuat apa-apa. Ia akan mengesan secara automatik.
3) Sambungkan kabel HDMI / AV ke TV anda.
4) Hidupkan switch dan terus boles guns.
Apakah Android TV Box berat?
Android TV Box adalah sangat ringan (500 gm) dan tidak terlalu makan ruang untuk meletakkannya. Anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dengan senang.
Apakah yang perlu saya ada?
Anda hanya perlu mempunyai sambungan Internet, TV dan elektrik. Itu sahaja.
Berapakah kelajuan Internet diperlukan?
Kelajuan internet yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 2 Mbps.
4 Mbps ke atas adalah paling sesuai.
Jika kelajuan Internet anda adalah kurang daripada 2 mbps, anda masih boleh menikmati ciri-ciri tetapi kualiti streaming tak secantik internet yang berkelajuan 4 Mbps.
Perkhidmatan Telco yang mana paling sesuai untuk Android TV Box?
Unifi, Streamyx, Celcom Unlimited, Maxis Home Fibre.
kredit kepada fb Kemah Keming Gadgets
Sumber Keuntungan Astro Dijangka Akan Meningkat Tinggi Jika Penjualan Android Box Diharamkan Di Malaysia..
Tags:
mazeer