Menteri Belia Dan Sukan Akhirnhya Buka Mulut Kontroversi Gambar Panas Syed Abdullah Dan Emma Maembong



Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menjelaskan dia tidak perlu mendedahkan perkara berkaitan teguran dan perbincangan di kalangan ahli keluarganya kepada orang ramai.

Saddiq menulis perkara itu dalam sebuah komen yang dibalas kepada pengikutnya di laman Instagram.

Netizen tersebut menyarankan Saddiq agar menegur abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka akibat gosip yang melanda dirinya dengan pelakon Emma Maembong baru-baru ini.

"Saya di sini ingin menyarankan supaya YB tegur abang YB kerana dia telah mencalarkan maruah keluarga YB," tulis netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Saddiq membalas komen itu.

"Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga.

"He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia," tulisnya.





Baru-baru ini, tular beberapa gambar Abdullah bersama Emma dan seorang wanita yang bergambar duduk di celah kangkangnya dalam sebuah bilik.

Abdullah mengakui wanita yang bergambar bersamanya di sebuah restoran adalah Emma dan menegaskan bahawa individu yang bergambar di celah kangkangnya itu adalah wanita lain.

Sumber : gempak.com


Sumber Menteri Belia Dan Sukan Akhirnhya Buka Mulut Kontroversi Gambar Panas Syed Abdullah Dan Emma Maembong

Post a Comment

Previous Post Next Post