Siasatan kes kem atian seorang lelaki dan wanita yang disangka pengantin baharu dalam kebak aran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kelmarin bertambah rumit apabila kedua-dua mereka disahkan masih belum berkahwin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati mereka masih belum mempuyai sebarang ikatan dan merancang majlis perkahwinan pada Jumaat ini.
Jelasnya, menerusi siasatan polis terhadap jiran terdekat, kedua-dua mangsa juga telah tinggal di rumah tersebut sejak enam bulan lalu.
“Mangsa lelaki, Wan Baharul Nizam Wan Bakar,35, merupakan seorang duda dan mempunyai tiga orang anak. Dia juga telah berpisah dengan isteri pertamanya dua tahun lalu.
“Punca kema tiannya menerusi hasil bed ah siasat mendapati mangsa lem as akibat asap kebak aran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Tambah Fadzil, siasatan lanjut terhadap kes itu masih dijalankan.
Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, kes ke mat ian lelaki dan wanita itu diklasifikasikan sebagai kes bu n uh.
Hasil laporan awal bed ah sias at terhadap may at Norwahidah Abdul Hamid, 28, mendapati ada unsur jena yah apabila terdapat kesan keced eraan akibat hentakan benda keras di kepalanya.
Polis sedang dalam proses merekod beberapa keterangan individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kertas siasatan kes tersebut telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Kes ek saan kerana memb unuh - K! ONLINE
Sumber Pasangan disangka suami isteri meninggal dalam kebakaran sebenarnya masih belum berkahwin
Tags:
mazeer