Ini adalah kisah yang pernah viral pada tahun lepas 2018, Puan Nurul Hudaa yang baru selamat melahirkan anak sulungnya selepas bersabar bertahun-tahun untuk dapatkan anak kedua.
Ramai datang melawat, maklumlah ini anak yang begitu dinantikan selama ini. Dipeluk, dicium bayi itu tanpa sedar, rupanya tetamu yang datang ada yang batuk dan selesema. Bila ditegah ibu, katanya tak mengapa. Cuma sekejap saja. Siapa sangka, rupanya bayi itu tidak dapat melawan serangan
virus yang dibawa oleh tetamu yang sakit. Sudahnya bahagia ibu cuma sementara kerana perjalanan hidup mereka selepas itu berakhir di atas katil hospital. Tolonglah Kedekut Dengan Bayi Anda. Ini sekadar peringatan. Cerita ini berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri.
Terpulang sama ada mahu baca, mahu percaya, mahu ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun. Anak Nurul yang kedua, Ahmad Darwisy Zaimi, 5 bulan atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya. Awisy dilahirkan pada 8 November 2017.
Sewaktu dilahirkan alhamdulillah dia dalam keadaan sihat. Tiada komplikasi kesihatan yang kritikal. Cuma awisy mempunyai G6PD dan kuning. Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD. Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning.
Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara serta sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy .Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama. Tapi terlalu lama berlayar
untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah. Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat. Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah di
sentuh baby tu. Tapi ni bukan takat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan, “Alah, sikit je” sambil tertawa sinis. Maka, dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy. Ini Yang Jadi Masa Umur Awisy Dalam Pantang. Selang 3 / 4 hari, diusia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi
nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja. Awisy pon waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk..rupanya
dia sedang kesakitan ya amat.. Kasihannya kamu sayangku.. Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya. Aduh! Memang terkejut besar. Sebab dalam semalaman lutut dia
membengkak sampai macam tu sekali. Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sihat menyentuh atau menciumnya. Dah tentu Nurul kata ada. Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut. Jangkitan kuman itu telah menyerang
paru-parunya dan telah berada dalam darah. Memang Sangat-sangat Jahat Kuman Ini. Maka, Awisy telah diberi antibiotik dan diberikan oksigen selama 3 minggu. Barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear. So hati-hatilah semua pada
ibu-ibu yang dalam pantang dalam hari ni. Kurung anak pun tak apalah. Biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu. Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi yang tidak sihat.
Kalau boleh tidak perlulah lawat baby. Please!!kasihanilah baby itu. Ku ingatkan jangkitan itu hanya di situ dan telah takde kumannya. TAPI itu hanyalah… Perkembangan Awisy Kini. Ketika ini, Awisy sudah pun dibedah dan sebelah kanan paru-parunya telah dibuang. Bersimen separuh badan
sebab kuman dekat paru-paru dah terlalu teruk sampai memakan tulang belakang Awisy hingga bengkok. Sekarang tengah tunggu sama ada nak buka atau pasang baru simennya. Nak kena tengok sama ada tulang belakang dia dah ok dan kuman dah clear atau belum di bahagian itu.”
“Saya dah balik ke Melaka. Pada 26 April nanti akan ada check up di hospital. Selepas jangkitan kali pertama, Nurul masuk semula ke hospital kali kedua disebabkan kuman. Tarikhnya pada 10 Januari lalu. Terus masuk wad ICU di Melaka selama sebulan. “Tapi keadaan Awisy makin teruk. Tu yan ditransferkan ke ICU HKL pada 19 Februari untuk jalani operation dan proses menyimen badan. Dan pada 20 Mac kami balik ke hospital Melaka.”
Sumber/Foto : Danish Awisy
Via: Mingguanwanita.my
Sumber Jika ada yang batuk selsema kalau boleh tolong elakkan cium bayi dalam pantang, akibatnya si kecil ini terpaksa dibuang paru-paru sebelah kanannya...
Tags:
mazeer