Seorang usahawan produk kecantikkan telah menulis luahan hati setelah membuat keputusan untuk menghentikan jualan produknya.
Syarifah Khyra Muhsin, founder untuk produk popular, FELLERA BEAUTY MALAYSIA, membuat pengumuman untuk hentikan jualan produk Fellera pada bulan Mac ini.
Setelah 8 tahun bertungkus lumus, Khyra berasa amat sedih dengan keputusan tetapi terpaksa berbuat sedemikian rupa kerana hal tertentu. Malah wanita tabah ini akui memang ada yang cuba menjatuhkannya dan juga produknya itu.
Luahan Khyra telah membuat kan ramai peminat produk berkenaan berasa sedih.
Ini pendedahannya:
JANGAN BACA Kalau Takut Airmata Jatuh….
Product Berada Di TV adalah impian seperti mendapat segulung Ijazah…
Pejam celik pejam celik Fellera Beauty Dah nak masuk 8 Tahun…pada 2019 ini.
Macam macam dah khyra lalui…
Macam macam sebab khyra mula bukan bermodal besar terus senang dalam masa setahun dua..sebab khyra bahagikan masa dan tenaga untuk belajar dan family…
Dlu masa mula2 nk mula…
Khyra pon tak tau yg khyra mampu sekuat segigih ini dalam bidang ni…
Dari orang tak kenal,
Sampai orang kenal…dari orang caci sampai orang puji…semua khyra dah rasa
Dari pckaging kami cikai kampong, sampai sentasa berubah dari masa ke semasa…
Tp,
Satu je yg khyra tekankan…adalah QUALITY.
Apa apa pon khyra nak deliver quality..
Kadang guna duit Ptptn,
Kadang guna duit business tak sempat asing pn sebab asyik belanja harian…tp bila mula sedar dlu aku patut business cara betol, kuatkan hati untk betol2 belajar business…
Bukan ada mana mana guru,
Belajar sendiri..sebab apa? Sebab takde duit nk bayar mana mana sifu, nk join mana mana kelas…bila dh biasa belajar sendiri..jd liat plak nk masuk kelas kelas…nasib Dr banyak bantu..
Masa tahun pertama buat business,
Masa tu di penang….khyra terus nk masukkan product dlm majalah mingguan wanita. Tp bila tau harga, mahal..maka simpan angan2, apatah lagi nak masuk tv…bila tau harga, detik dalam hati…mampu ke aku? Tp tkpe, one day aku psti mampu…
Impian khyra,
Adalah nak tengok dan bawak brand khyra masuk TV…usaha sungguh2…tp kalau product tak elok dan kuasa repeat takde, takde tmpat di hati penguna, tak guna juga, so kami selalu deliver product yg melekat di hati…
Syukur berkat usaha,
Kami tak pernah tipu orang…samaada secara terang atau tertutup, sebab kami takut balasan akan datang, hak orang hak orang, hak kita tetap hak kita…
Dengan berdiri product fellera dari 1 product bermula dengan scrub beras sehingga lah product kedua scar powder, dlu ada lotion kurus then now dh takde , sentiasa upgrade dari masa ke semasa…sehingga ke 15 rangkain product…
Berani lah sentuh fellera,
Khyra akan perjuangkan maruah dan air muka sbb kami betol jaga nama brand yg khyra bina, kami bukan brand kampong, kami ada cita2, siang malam fikir strategy, bukan kami goyang goyang kaki…
Dari orang buta,
Sampai ke celik mata…orang nampak brand kami pada satu level, yg dimana ia bukan perkara yg mudah…
8 Tahun bukan waktu yg singkat, dari takde ank ke ada anak 2…tinggalakn anak kesana kemari. Masa tenaga, wang kasih sayang, ringgit….korbankan…bukan mudah…cakap lah apa pon, khyra tetap berkeras dan jaga..
Agen datang dan pergi,
Agen memburukkan…agen mengata sana sini, agen yg hargai menangis bersama ketawa bersama semua khyra dh lalui..terasa hti mcm mana pon, sbb manusia yg tak reti nk jaga hati orang lain tp bila sampai part sama sama kita mencari rezeki, kita masih hormat mereka. Bukan kita nam wang mereka, tp selagi mereka bersama kita, kita hormati mereka.
Sekarang bertalu2 agen tanya,
Apa nasib mereka? Mereka juga diserang seluruh pelusuk alam, bagaikan tak percaya yg sabun daisy hari hari duk pakai tu lepas ni takde dah, baru ramai muncul cakap muka dah ok pakai fellera…kelu.
Keputusan khyra buat adalah kebaikan semua. Khyra bukan bergurau…
Khyra serious betol serious,
Bagaimana khyra sygkan scrub beras soya, dan sedang menaip pon mengalir air mata sebab kami bayangkan macam mana kami suami isteri berpeluh keringat angkat stoxk ke sana kemari, dimaki, dan mcm2 lagi…
Tapi?
Tak semua orang suka kejayaan kita. Walau kita tak berhutang pada mereka….apa yg mereka nak lihat? Adalah nak melihat kita JATUH TERSUNGKUR BUNGKUS TUTUP SEMUA. Baru mereka senyum tepok tangan…
Ayuh, tepokkkk…
Kini bole tepok kerana dah berjaya..
Tapi bukan itu yg khyra nak tekankan, itu memang dugaan business sebesar taik mata, kenapa kita nak kena follow apa mereka nak bukan?
Tapi,
Setelah 8 tahun.
Bukan masa yg singkat….
Ingat lagi masa pregnant, tak kisah dengan diri mengandung, kadang tu lupa yg diri sedang mengandung, takde masa nak alahan, doa hari hari janganlah aku alahan kuat ssbb aku nak cari rezeki..
Demi,
Fellera Beauty Malaysia..
Setelah berfikir panjang,
Siang malam berbincang dengan abng syed , akhirnya tuhan buka kami jawapan…Allah bagi kami jalan, cerita yg diceritakan ni pon berlapik2, bukan sebab sebenar…sebab menjaga sensitiviti…
Dan jawapannya kami dapat..
Maka kami akan hentikan semua product Fellera dan hanya akan dijual sehingga akhir March ni. Perasaan Hati bercampur baur..
Tapi, kugagahi…
Juta angka jualan pernah kami capai dalam masa setahun, bukan angka kecik…kawan/ kiri kanan, sedara mara kiri kanan serang…dan bertanya,
“Why khyra why! Ni impian, ni cita2 awk! Kenapa? Jangan stop product! Peminat product awk ramai!”
Ya khyra tahu…khyra hargai dan mohon maaf bagi khyra ruang…
Tp,
Khyra memilih untuk…
Biarlah, biarlah dlu…hentikan je. Sebab tak siapa tahu peritnya rasa..diri yg menanggung…perjuangan ini belom berakhir..
Ya,
Ini cita-cita,
Ini adalah pelaburan besar….
Tapi, ini keputusannya…
Mohon maaf pada Fellera Lovers,
Yg ada smpai tak tido, smpai menangis sedih…kalaulah khyra bole duduk depan awk, khyra pasti nk peluk erat, dan selami hati awk…
Sayangnya sy pda Fellera Beauty,
Seperti syg suami, syg ank, syg ibu bapa sendiri…tp, takpelah…
Perubahan ini,
Mungkin buat ramai happy,
Demi kebaikan semua..
Ada juga cakap ini strategy, rebranding, gimik….
Tak….
Walau apa pon , itu adalah kalau Allah bagi rezeki akan datang, tp yg pasti…product yg terjual sekarang tak akan berada lagi dalam pasaran…
Quality yg tak bole dijual beli,
Airmata, penat lelah yg tak bole di beli…
Kesan yg tiada di mana2…hanya di Fellera Beauty…
Jadi nikmatilah product Fellera beauty sekarang, selagi masih di psaran…sy tak nak suruh, tapi terpulanglah…apa pilihan awk nak buat…thankyou lovers yg semtiasa menyokong…terima kasih dan I LOVE U.
Beratnya Hati menulis, bagaikan putus cinta…
Khyra berjaya lahirkan usahawan yg berjaya berpuluh ribu… ratus ribu…juta…walau hanya di rumah…
Mintak doakan yg terbaek buat khyra dan Fellera Beauty.
Qurus coco masih berada tu pon sehingga diberitahu…
Much love,
Founder Fellera Beauty Malaysia Syarifah Khyra Muhsin.
UPDATE KEDUA
Tapi, Kisah khyra berbeza plak…
Tengah product hotz laku keras, khyra nak hentikan jualan, tarik handbreak mengejut…sebab ada benda lain masalah yg khyra tak dapat khabarkan pada semua. Kalo khyra citer konfirm korang terkejut menitis air mata tak percaya dan sbb mesti tak prcaya punya…
Tapi khyra Redha je… percaya je pda Allah
Janji awak sentiasa support Fellera Beauty ya?
UPDATE KETIGA
Sesayangs,
Bila khyra buat keputusan mengejut tarik handbreak sebenarnya itu bukan keputusan mengejut, tapi keputusan yg dh lama khyra fikirkan dan khyra view selama setahun…ya, khyra hampir mengalami kemurungan / Depression. tp sebab terlalu sayang sayang dan buntu takde jalan keluar.
Sekarang Khyra bukan buat keputusan sebab pentingkan diri sendiri, tapi khyra buat keputusan sebab Allah sedang menjawab doa doa khyra…
Fellera Beauty bukan tutup,
Tapi kami hentikan jualan product yg ada sekarang ni..biarlah dlu..mungkin ada rezeki lain …habis tu Fellera nak jual apa lepas ni? Biarlah Allah tentukan..khyra usaha selagi mampu…
Sampai skrg pon khyra tak putus berdoa dan mintak tlg mereka2 juga berdoa, dan nk mintak tlg awk semua Fellera Lovers pon berdoa sesama…
Khyra tak sedia lagi nak cerita kenapa sebabnya…belom masanya,
Tapi khyra nak mintak,
Kalau awk fellera lovers, tolonglah bacakan doa ni..
“Allah Peliharakanlah Fellera Beauty, semoga jadi lebih terbaek lagi sebelom ni, Dapat bantu ramai orang lagi…jangan Hentikan kuarkan product2 yg terlalu bagus untuk semua wanita seluruh dunia ini. Serta limdungi dari segala kejahatan manusia” AAMIN.
Itulah komen panjang lebar dari Khyra. Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik, semoga ada sinar yang menanti.
Sumber: FB KHYRA via penmerahpress.my
Sumber Luahan sayu dari hati pemilik produk kecantikkan, terpaksa buat keputusan mengejut hentikan jualan.. Baca kisahnya
Tags:
mazeer