Seorang pengguna Facebook Suhaili Baharudin telah berkongsi resipi untuk membuat ‘energy booster’ dengan cara yang mudah, selamat dengan hanya menggunakan kos yang rendah. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti limau kasturi anda kini boleh mendapatkan vitamin C yang diperlukan tubuh.
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tubuh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
Sumber: Facebook | Suhaili Baharudin via mingguanwanita.my
Sumber Adakah anda Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat sendiri ‘energy booster’ dengan dua bahan senang diperolehi ini!
Tags:
mazeer