Al-Qur’an adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan, Al-Qur’an adalah penawar.
Jadi, jika ingin mengubatai penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Qur’an.
Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Qur’an boleh dijadikan sebagai amalan harian.
#1. Surah Al-Fatihah
Ummul Kitab, juga dikenali sebagai penawar seribu guna.
Anda boleh melazimkan diri untuk membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selesai solat fardu.
Tetapkan juga niat agar Allah SWT membantu anda melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan.
#2. Al-Mu’awwizat
Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah tiga Qul.
Ia terdiri daripada surah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas
Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam.
#3. Ayat Kursi
Sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda.
Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
#4. Surah Yasin, ayat satu hingga ayat sembilan
Surah Yasin sering dikaitkan sebagai hati Al-Qur’an malah banyak hadis Rasulullah SAW yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yasin.
Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Dengan mengamalkan ayat-ayat diatas, kita akan dilindungi dari gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat.
Insya-Allah.
Jom amal.
Sumber : limaumanis
Sumber Amalkan 4 surah ini setiap hari. Insya-Allah akan dijauhkan dari gangguan SIHIR kepada kita
Tags:
mazeer