Jika anda peminat asam atau jeruk dalam botol, mungkin selepas ini anda perlu lebih berhati-hati. Baru-baru ini, pihak KKM mengeluarkan amaran tentang beberapa produk asam yang disahkan bah-aya untuk kesihatan.
Difahamkan produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi sikl-amat dan Kadm-ium yg boleh beri kesan kepada kesihatan.
Nama produk tersebut adalah:
1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi sikl-amat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi sikla-mat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadm-ium (Perak)
Untuk pengetahuan anda, Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa. Manakala Kad-mium, cem-aran logam yang boleh ada secara semulajadi atau pencem-aran dalam proses penyediaan makanan.
Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Siklamat boleh memberi risiko kan-ser. Ia biasanya dapat memberi kesan jangka panjang terutama penyakit kans-er. Manakala Kad-mium boleh sebabkan tok-ik pada manusia.
Lebih mengejutkan, hasil siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU.
Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Sumber : vitdaily.com
Sumber 3 Produk Asam Ini Disahkan Tidak Selamat Untuk Dimakan Oleh KKM
Tags:
mazeer