Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Abang Acap Dan Bomba ditipu Perawat Ketika Misi SAR.



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kita bersiaran kembali pagi ini dari basecamp di Gua Tempurung. InsyaAllah team pertama akan berlepas ke lokasi spot signal terakhir Acap diketuai Uncle David sekitar jam 8am nanti.

Uncle David dan seorang lagi Uncle Annuar merupakan wakil dari Mosars yang hadir atas tiket individu secara sukarela dan sudah berkampung disini beberapa hari.



Hampir keseluruhan kawasan pencarian team dan pasukan sukarela kami adalah dibeberapa kawasan hot spot area dan kawasan yang belum dijejaki oleh mana-mana SAR.

Kami menumpukan pencarian secara fizikal dengan dibantu oleh informasi daripada rakan-rakan sukarelawan lain baik secara nyata dan ghaib yang boleh dipercayai sahaja. Cuma kami tak buat apa-apa upacara atau ritual pelik-pelik sebab kami masih yakin Saudara Acap BUKAN hilang dibawa ke alam bunian.



Team sukarela lain tu biarlah mereka dengan cara mereka. Kami tetap dengan apa yang kami yakini. Kita sama-sama ikhtiarkan dan usahakan insyaAllah boleh membuahkan hasil.

Sekitar jam 10am nanti, mandor dari team elit malam tadi pula akan hadir untuk memberi tugasan seterusnya. Yang ni yang saya tak sabar sebenarnya. Nak tau apa hasil dapatan malam tadi punya ambush.

Untuk hari ini, daripada korang terpengaruh dengan kisah merepek yang kata Acap kahwin alam bunian tak nak balik lah, dah jumpa tapi tak nak itu tak nak ini, JANGAN lah percaya sebab kami di ground ni dah buat macam-macam benda serta usaha, dan semua claim merepek itu langsung TIADA asasnya.



Hanya ada beberapa perawat dan ahli spiritual sahaja yang boleh dikatakan info mereka agak solid dan berasas. Cuma mereka ni langsung TIADA buat apa-apa sesi live atau nak berselfie bagai. Orang yang betul-betul buat kerja mereka akan buat betul-betul. Itu je teman nak kabo…

Apapun doakanlah kesejahteraan kesemua pasukan SAR dan abang Acap yang masih tak putus-putus mencari walau kadang-kadang info yang diterima tu sangat merepek. Kesian saya lihat mereka yang bertungkus lumus ni. Dia punya kesian tu sampai tahap rasa nak pelangkung je perawat jenis sembang ni.

Dia punya sembang kata Acap ada kt bawah gaung nun, hanya keluarga kandung Acap sahaja boleh turun ambil dan orang lain tak boleh. Sampai tahap BOMBA pasang tali dan ikat abang Acap untuk terjun ke bawah gaung. Sampai dibawah gaung, habuk pun tarak.

Ada daun kering je la, jejak Acap langsung tak ada. Torak punya perawat, sembang lebih. Tak kesian ke dengan si abang yang dah 15 hari tak balik-balik tu….? Gila betul menyusahkan team SAR je.



Bagi menangkis berita palsu dan khabar angin yang tersebar laju…

Saudara Acap TIADA di atas Bukit Batu Putih tu macam yang tersebar. Claim yang mengatakan dia tak mahu balik pun pincang sebab audio yang tersebar tak tahu asal muasal.

Jadi mohon jangan sebarkan berita palsu yang langsung TIDAK sahih yang ia tak lain tak bukan hanya mengeruhkan lagi keadaan misi SAR.

Posibility alam ghaib tu bagi kami ada, tetapi BUKAN sepertimana yang banyak tersebar. Kami di sini dah tapis hampir setiap teori dan kebarangkalian yang ada dan mencari posibility yang solid sahaja.

Mana-mana yang scan dari jauh dan tak datang ke mari, lepas tu keluar hasil scan merepek-repek, korang jangan layan lah. Sedangkan yang datang ke sini pun berapa ramai yang kena halau sebab merepek.

Paling best pagi tadi subuh-subuh ada 1 team konon paranormal masuk checkpoint dan petik nama team gogo kami. Tapi kena halau keluar sebab merepek. Sudahnya depa live bigo kat kebun sawit di luar sana yang tak ada dalam radius SAR pun.

Saranan saya jangan keruhkan keadaan dan jangan sebar benda yang tidak pasti, lebih-lebih lagi dari orang yang tak hadir pun ke kawasan SAR ini. Nak sebar juga, cari dan refer dulu dengan mana-mana individu atau team yang terlibat direct dengan SAR ini dan dapatkan pandangan mereka.

Seperkara lagi, bagi yang ada no telefon keluarga Acap, tolong JANGAN sebar nombor mereka tanpa izin dan jangan ganggu mereka. Kat sini dah cukup stress dah…

Okaylah sekian bebelan pagi ini. Roger and out… #Gopeng #misiSAR #mencarioranghilang. -bk 7 April 2019 Gua Tempurung, Perak. Sumber muhammad hamzah

Sumber artikel : nalurikini.com

Sumber Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Abang Acap Dan Bomba ditipu Perawat Ketika Misi SAR.

Post a Comment

Previous Post Next Post