Satu kajian tebaru yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai Profesor di Kolej Seni Bebas Wanita Doshisha di Kyoto, Prof Tomoko Imai mendapati kadar obesiti adalah rendah di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji.
Kandungan yang terdapat dalam bijirin penuh rendah lemak itu membuatkan si pemakan berasa kenyang dengan lebih lama.
Menerusi kajian tersebut, mereka dapati pengambilan nasi 50 gram sehari dapat mengurangkan kelaziman obesiti di seluruh dunia kepada satu peratus atau daripada 650 juta kepada 643.5 juta orang dewasa.
Nampaknya, negara yang penduduknya menjadikan beras sebagai makanan ruji kurang berisiko menjadi obes berbanding mereka yang tinggal di negara kurang makan nasi.
Sebagai contoh. Malaysia dan Jepun makanan rujinya adalah nasi.