Wanita berusia 29 tahun ini nekad menyerang lelaki yang cuba menyamun telefon bimbit miliknya di sebuah kedai jualan alat telekomunikasi di Kulim, Kedah.
Menerusi rakaman CCTV menunjukkan wanita itu cuba menangkap suspek yang cuba melarikan diri sebaik sahaja menyamunnya.
Tengok ni.
Difahamkan, suspek pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan dengan meminta mangsa membaiki telefonnya yang didakwa rosak sebelum cuba menyamun.
Menerusi laporan Utusan, polis telah berjaya menahan suspek yang berusia 23 tahun itu.
Sumber: Utusan