Seekor kucing terpaksa diberikan drip glukosa selepas mengawan dengan sekurang-kurangnya 5 ekor kucing betina dalam masa hanya satu malam ketika dilepaskan dari sangkarnya oleh petugas hotel haiwan.
Xiaopi yang mengalami keletihan melampau sehingga terpaksa dimasukkan air (drip).
Pemiliknya, Zhao berkata, dia tidak menyalahkan Xiaopi dalam insiden itu tetapi dia mempersoalkan kakitangan premis itu yang membiarkan Xiaopi berkeliaran dengan bebas di hotel itu terutamanya setiap malam di mana kucing sangat aktif pada waktu tersebut.
"Di antara jam 10.40 malam hingga 5 pagi, kucing saya mengawan dengan lima ekor kucing betina. Dan semua itu saya boleh nampak dalam video kamera litar tertutup (CCTV).
"Malah premis itu enggan bertanggungjawab dan meminta saya memberi penjelasan kepada lima pemilik kucing betina itu.
"Kucing saya kini keletihan dan terpaksa dimasukkan air, adakah itu salah saya?" soalnya.
Namun, pemilik hotel kucing itu akhirnya tampil memohon maaf kepada Zhao dan menawarkan diri untuk membayar kos rawatan dan memberi pampasan kepada pemilik kucing betina sekiranya kucing mereka hamil.
“Mereka akan membayar pampasan kepada kesemua pemilik kucing yang bunting sebanyak 500 Yuan (RM293), dan berjanji untuk menjual anak kucing yang bakal dilahirkan bagi pihak mereka.
“Pemilik kucing yang lain turut memberitahu pada saya bahawa mereka akan memberi anak kucing atau 1,000 Yuan (RM586) jika kucing milik mereka itu bunting.” Kata Zhao.
Harga seekor kucing yang berbaka Russian Blue boleh mencecah sehingga ke RM5,167.
Zhao menyatakan bahawa Xiaopi telah berjaya pulih daripada keletihannya itu dan berada di dalam keadaan yang stabil.
Sumber: The Reporter, Siakapkeli.my
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget