Tragedi Majlis Kahwin Alha Alfa, Kek RM5,000 Tumbang Dengan Tiba-tiba - "Kalau Kena Tetamu Jenuh Ada Muka Yang Berjahit"


MAJLIS perkahwinan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang sepatutnya berlangsung dalam suasana penuh glamor bertukar kecoh apabila kek hiasan setinggi lebih dua meter yang diletakkan berdekatan pentas utama tumbang dengan tiba-tiba.

Cerita Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, semasa kejadian dia sedang bergambar dengan sekumpulan tetamu dan terkejut apabila kek yang dibina daripada material kaca itu jatuh ke lantai.

"Kek itu direka dengan binaan kaca dan sepatutnya ia diletakkan di pentas berputar di hadapan pelamin. Tapi disebabkan terlalu berat, mereka (pengurus majlis) ubah lokasi dan letak di sudut yang sesuai supaya senang orang nak bergambar.


"Entah macam mana, semasa kami bergambar tiba-tiba kek jatuh. Mungkin tapak penyokong pada kek itu dah tak mampu nak tampung berat atau ada tetamu yang tersentuh kek itu sampai ianya hilang stabil.


Alha berkongsi rakaman pendek kejadian kek roboh di Instagram miliknya.

"Bagaimanapun, mujurlah kek itu jatuh di belakang kami dan tak ada tetamu di kawasan itu, kalau tak mungkin akan ada yang tercedera," katanya kepada mStar.

Pada Ahad, usahawan kosmetik ini mengadakan majlis resepsi keduanya bertempat di Dewan MinDef, Kuala Lumpur.

Benda pun tak disengajakan, tak perlu sampai nak ganti, saya anggap dah tak ada rezeki nak rasa kek itu. Bagi saya kes itu bukan masalah besar! - ALHA ALFA

Alha bernikah dengan gadis pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, di Taiping, Perak pada 28 September lalu.

Sementara itu, Alha berkata pihak pengurusan majlis yang menyediakan kek tersebut telah menghubungi untuk membuat permohonan maaf.


Alha dan isteri, Noor Azlin.

Dia juga menerima apa berlaku dengan apa hati terbuka dan enggan menyalahkan mana-mana pihak.

"Tak apalah mungkin rezeki setakat itu sahaja, saya tak marah pun... mereka pun dah beratus kali minta maaf! Abang Nas iaitu pemilik Nas Great Idea & Weddings ada hubungi saya selepas kejadian.

"Benda pun tak disengajakan, tak perlu sampai nak ganti, saya anggap dah tak ada rezeki nak rasa kek itu. Bagi saya kes itu bukan masalah besar!

"Tapi kenangan yang terjadi itu akan tersimpan menjadi memori selamanya. Apa-apa pun saya mohon maaf yang tak dapat merasa kek tu. Terima kasih pada semua yang hadir semalam. Saya dan isteri amat menghargai," ujarnya.


Sumber: Mstar Online


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post