Berang Kerana Tak Dapat Lahirkan Anak, Suami Bakar Isteri Sampai Mati


Seorang lelaki di Mesir tergamak membakar isterinya hanya kerana wanita itu tidak dapat memberi zuriat kepadanya sepanjang tempoh 3 tahun berkahwin. 

Lapor media Mesir, Al-Wafd, Muhammad mengikat isterinya, Aya, dan disimbah dengan cecair mudah terbakar sebelum membakarnya hidup-hidup. 

Selepas berbuat demikian, Muhammad meninggalkan mangsa di rumah mereka dan menunggu di balkoni rumah ibu bapanya yang juga berada di bangunan yang sama. Malah, dia tidak menghubungi talian kecemasan. 


Polis dan ambulans tiba di tempat kejadian setelah dihubungi jiran suspek dan mendapati mangsa sudah terbakar 70 peratus sehingga menjejaskan paru-parunya. Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah. 

Menurut keterangan jiran, mangsa selalu didera oleh suspek dan ibu mertuanya yang menuduh Aya mandul. 

Suspek telah ditahan dan akan didakwa di mahhkamah atas tuduhan membunuh. 

Sumber: Middle East Monitor via The Reporter


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post