Selain Rosakkan Organ, "Overdose" Air Putih Berisiko Ragut Nyawa Dalam 10 Jam


SERING kali kita mendengar, perlu minum banyak air untuk memastikan keadaan tubuh dalam keadaan sihat dan tidak berlaku sebarang komplikasi sistem organ dalaman.

Lebih menambah keperluan itu faktor cuaca negara kita yang panas tentu memudahkan tubuh badan terhidrat dengan cepat.

Ramai orang beranggapan memperbanyakkan pengambilan air secara harian merupakan satu tips kesihatan yang baik. Fakta itu memang tidak dapat diketepikan bahkan ramai pakar kesihatan turut menyarankan perkara sama. 

Namun ada sebuah hakikat yang kurang disedari masyarakat mengenai keburukan sekiranya anda mengambil air kosong secara melampau. Kononnya bagus untuk badan khususnya yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat namun tanpa disedari, ia sebenarnya mengundang 1001 masalah lain.

Buah pinggang perlu kerja keras menapis air berlebihan


Memetik informasi daripada Harian Metro, pengambilan air yang banyak akan merosakkan organ dalaman iaitu buah pinggang. Fakta ini adalah sahih memandangkan ia disampaikan sendiri oleh seorang Pakar Perunding Nefrologi daripada Jabatan & Perubatan Sains Kesihatan UPM iaitu Dr. Nor Fadhlina Zakaria. Jelas beliau, air kosong perlulah diambil secara berkala dan sesuai mengikut keperluan badan.

Keperluan harian bergantung kepada purata berat badan

Menurut doktor daripada artikel The Patriots pula, beliau juga mengakui terkejut apabila ada orang mengambil air kosong sehingga ‘bergelen-gelen’ banyaknya sedangkan keperluan harian bergantung kepada purata berat badan seseorang. 

Tidak kisahlah ia diminum secara sikit demi sikit ataupun sebaliknya, kesan yang bakal dihadapi masih mampu menjejaskan fungsi dalaman badan. 

Air meresap masuk dalam sel sehingga menyebabkan otak bengkak

Apabila terlalu banyak air diminum, kandungan garam akan menjadi rendah dan situasi ini dinamakan sebagai ‘hyponatraemia’. Dalam permasalahan itu juga, air akan meresap masuk ke dalam sel sehingga berlakunya bengkak di bahagian otak. 

Bukan sahaja bahagian kepala, malahan kondisi berkenaan akan memberi impak kepada proses pernafasan serta degupan jantung sehingga seseorang itu berisiko terkena sawan. Lebih mengejutkan, masalah ini boleh mengundang risiko kehilangan nyawa dalam masa 10 jam selepas pengsan atau muntah-muntah.

Sumber: https://erinsakura.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post