Koronavirus: Yang Di-Pertuan Agong Titah Kesemua Masjid Di Negara Mengadakan Solat Hajat


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kesemua masjid di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat berikutan penularan wabak Novel Koronavirus (2019-nCOV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Seri Paduka Baginda menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan serta dapat ditangani dengan baik oleh semua pihak.



Sumber: Bernama / Siakapkeli


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post