Uniknya Wanita Bergigi Taring Bila Senyum


Uniknya wanita yang mempunyai gigi taring sememangnya nampak comel apabila senyum. Tapi gigi taring sering dikaitkan dengan perkara-perkara menakutkan yang selalunya digambarkan dengan vampire atau yang digambarkan sebagai gigi panjang, tajam yang digunakan untuk menghisap darah manusia. 

Jadi apa sebenarnya maksudnya untuk menunjuk gigi? Mana tak nya, bila dia senyum, gigi taring secoit tu lah mencuit hati ramai jejaka di luar sana. Bahaya wanita ada gigi taring ni. Daya tarikan mereka sangat hebat!

Disebut di Wikipedia, gigi taring adalah gigi berguna untuk mencebis makanan. Haiwan karnivor, gigi taring tumbuh dengan baik dan tajam. Pada manusia, gigi taring jumlahnya adalah 4 dan haiwan herbivo pula, tiada gigi taring, jika saiz haiwan kecil.

Gigi taring adalah penting untuk memegang dan menggigit makanan, dan khususnya untuk merobek daging. Ia sangat penting dalam perkembangan manusia awal untuk bertahan, manusia perlu mengambil sebanyak mungkin kalori. Cara paling mudah untuk melakukan ini adalah makan daging, yang perlu dikunyah dengan teliti.


Gigi taring mungkin dilihat kurang cantik kerana tersembul keluar. Ramai anak muda sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membuat pendakap gigi bagi mendapatkan gigi yang rata dan cantik namun di Jepun lain pula kisahnya.

Gadis-gadis Jepun sanggup memasang gigi taring dan jangan terkejut. Kos untuk memasang gigi taring ini dikatakan agak mahal, untuk sepasang gigi taring kira-kira RM1,670.

Uniknya Wanita Bergigi Taring


Bagi wanita Jepun, gigi taring yang tersentuh apabila tersenyum adalah gambar seorang wanita yang tidak bersalah dan comel. Jadi Yaeba dipercayai mampu membuat penampilan seorang wanita muda dengan senyuman yang kelihatan seperti deretan gigi anak-anak. Trend ini disukai oleh wanita muda dan perempuan.

Malah ada daripada wanita Jepun ini sanggup menjalani pembedahan gigi supaya ada gigi taring untuk kelihatan comel. Bahkah, kos nya sangat mahal namun sangat berisiko tinggi. Adakah anda sanggup berhabis duit untuk hanya mendapatkan gigi taring untuk nampak comel?

Tak takutkah bahawa kebarangkalian operasi pembedahan tidak berjaya sangat tinggi. Jadi, jangan lah buat perkara yang tidak berfaedah. Bersyukur dengan gigi yang ada.

Sumber: ceritamenarik.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post