Buka Youtube Cari “SiKasih,” Naikkan ‘View’ Mungkin Boleh Bantu Kehidupan Anak Arwah Di Masa Depan


Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih juga dikenali dengan nama Abam Bocey yang telah pergi buat selamanya semalam pastinya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga serta sahabat handai Allahyarham.

Terbaru, menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh sahabat arwah yang juga ahli kumpulan Bocey iaitu Achey, beliau menyeru agar orang ramai mendengar satu lagu nyanyian arwah Abam di laman Youtube FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT.

“Cari di YouTube apa @abam_bocik tinggalkan untuk kita…please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawab yang dia tinggalkan…iringi lah dengan doa anda untuknya,” tulisnya.


Menurut Achey, lagu tersebut seakan peninggalan arwah buat kita semua.


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Dalam pada itu juga, ramai netizen menyeru mereka di luar sana untuk menonton video nyanyian Abam di Youtube:



Pesanan penulis, kalau betul-betul korang ikhlas nak bantu, jangan muat turun video “SIKASIH” dan muat naik di Facebook. Tengok terus di Youtube dan tekan iklan di dalam video.

Sumber: Acheykintangkintung via Siakapkeli.my


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post