Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Pemalas Dan Terlalu Lama Single


Seorang gadis telah dipukul ibunya dengan batang besi dipercayai kerana telalu lama membujang.

Suspek juga dilaporkan menyerang mangsa selepas mangsa melawan cakap ibunya kerana tidak mahu mengemas rumah.

Kejadian yang berlaku di Changzhou, China ini telah menyebabkan mangsa, Lin, 30, mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis.

Suspek yang juga ibu mangsa dikenali sebagai Wang, bagaimanapun enggan memberi kerjasama dengan pihak polis sambil menyifatkan tindakannya itu tidak salah kerana hanya memukul anaknya sendiri.


Lin mendakwa dia sering dipukul ibunya yang tidak berpuas hati kerana dia masih bujang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membantu ibunya menguruskan restoran sepenuh masa.

Dalam kejadian lain, suspek juga dilaporkan menyerang mangsa selepas mangsa melawan cakap ibunya kerana tidak mahu mengemas rumah.

Sumber: South China Morning Post via gegar.my


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post