Gambar hiasan (kanan) |
Kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa mengira had umur, tempat dan masa meskipun ketika kita tengah bersukan. Seperti perkongsian di Facebook Kedah Kini sebagai saksi menceritakan detik cemas berdepan kematian seorang remaja yang berlaku di depan matanya. Mangsa yang berusia 23 tahun itu rebah di gelanggang badminton sebelum tarik nafas panjang dan meninggal dunia.
Tarik nafas last dan meninggal dunia
Saksi menceritakan kejadian yang berlaku di depan mata ketika bermain badminton di salah sebuah gelanggang di Jitra Kedah. Kematian melibatkan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun ketika bermain badminton bersama rakan-rakannya pada sekitar jam 11 malam.
Pertama dalam sejarah berlaku depan mata. Kejadian di court badminton Chin Hin Jitra, jam 11.00 malam. Orang jatuh dan meninggal dunia semasa main badminton tadi. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga adik. Apa yang kita tahu, dia tersembam di permukaan court sebab tengok kening dan bibir terkoyak. Adik itu terus tarik dan ada Pak Long court sebelah buat CPR. Adik itu muntah dan selang berapa minit adik itu tarik nafas last dan meninggal dunia. Tak sempat ambulans sampai. Info dari rakan adik itu, dia dah main 2 jam dan keluar makan nasi sekejap dan masuk bermain semula.
Rebah secara tiba-tiba
Menurut salah seorang saksi, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum rebah. Tambahnya lagi, mangsa telah bermain badminton selama 2 jam sebelum keluar bersama rakan untuk makan. Setelah selesai mengisi perut, mangsa dan rakan-rakannya kembali bermain badminton semula.
Tapi memang hari kejadian saya pun ada kat tempat itu untuk main badminton dengan kawan-kawan. Mangsa main kat court sebelah kami. Punca tidak tahu kenapa tapi kawan-kawan dia beritahu mereka dah main awal itu selepas itu mereka pergi makan. Kemudian, pukul 11 malam mereka sambung main balik sebelum dia rebah di court.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat Sindrom Koroner Akut (Acute Coronary Syndrome).
Sumber: Kedah Kini via Ohbulan.com
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget