Cikgu Maut Jatuh Bangunan Sekolah Selamat Dikebumikan, Ratusan Hadiri Solat Jenazah

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan yang meninggal dunia selepas terjatuh dari balkongi belakang tingkat 1 bangunan sekolah tersebut.

Allahyarham Cikgu Rosle Abdul Aziz, sewaktu kejadian sedang melaksanakan kerja-kerja akhir bagi persiapan pembukaan semula sekolah berkenaan yang bermula pada hari ini.

Difahamkan ratusan jemaah hadir mengikuti solat jenazah Cikgu Rosli di Masjid Besar Tanah Merah selepas solat subuh sebelum jenazah pendidik itu di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Pondok Lama, Tanah Merah untuk dikebumikan.

Antara mereka yang hadir dari malam tadi di Hospital sehinggalah majlis pengebumian arwah adalah Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin yang difahamkan bergegas ke Tanah Merah sejurus selesai sidang di Parlimen.

Menerusi Facebook , Dr Radzi turut berkongsi foto sewaktu kehadiran beliau malam tadi sehinggalah usai majlis pengebumian tersebut.

Alhamdulillah, usai solat subuh pagi tadi, ratusan jemaah turut menyertai solat jenazah Arwah Cikgu Rosli bin Abd. Aziz…

Posted by Dr Radzi Jidin on Tuesday, 14 July 2020


Takziah kami ucapkan kepada keluarga Arwah Cikgu Rosli dan warga kerja di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post