Kami yakin anda pasti ingat dengan personaliti media sosial, Dustin Pfundheller yang sebelum ini pernah tular di atas penghasilan video How Malaysian Did The Impossible , yang menceritakan bagaimana negara kita berjaya menangangi wabak Covid-19 yang pada mulanya dilihat sedikit mustahil.
Namun siapa menyangka isu video kontroversi Locked Up In Malaysia Lockdown yang diterbitkan Al Jazeera bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan netizen serta pihak berkuasa tempatan malah turut meraih perhatian Dustin.
Menerusi akaun facebook page ‘Other Side of The Truth ‘ , Dustin tampil mempertahankan Malaysia dari ‘serangan’ agensi berita antarabangsa itu dengan mengemukakan 15 kesalahan yang terdapat pada laporan Al Jazeera tersebut.
“Al Jazeera membuat laporan yang berat sebelah dan hanya berpandukan satu pihak terhadap Malaysia”
“Ianya sangat mengecewakan dimana terlalu banyak kesilapan yang dilihat dalam satu video terbitan sebuah syarikat media yang besar.
“Banyak perkara yang Malaysia lakukan sehingga berjaya memerangi COVID-19 adalah salah menurut Al Jazeera,” tulis Dustin di Facebook.
Menerusi video reaksi tersebut, Justin berpendapat pihak Al Jazeera seolah memilih jalan cerita yang dimahukan mereka dalam menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk .
Ia boleh dilihat menerusi kenyatan yang dikeluarkan wartawan mereka yang tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan memasuki kawasan PKPD (Diperketatkan) sehingga merakam video pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas yang sememangnya sudah menjadi satu kesalahan kerana boleh menjejaskan reputasi mereka.
Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila gagal memasuki kawasan ‘terkawal’ sedangkan jelas menerusi video tersebut wartawan mereka tidak mengenakan sebarang alatan pelindung diri seperti pelitup muka.
Tambah Dustin mereka juga dilihat keliru dengan terma pendatang haram dan pekerja migran yang masuk secara sah selain tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan dalam memerangi COVID-19 ketika ini.
Tambahnya lagi, tindakan Al Jazeera menutup ruangan komen mereka secara spesifik pada video tersebut juga dilihat melampau kerana tidak dapat memberikan peluang untuk rakyat Malaysia membuat penjelasan atau memaklumkan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan tersebut.
Anda boleh menonton video tersebut di bawah :
via BuzzKini