Kolej Vokasional Kuala Krai tawar 9 program

KUALA KRAI – Kolej Vokasional Kuala Krai (KVKK) di sini menawarkan sembilan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan dua program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk pelajar tahun satu sesi 2021.

Program SVM ialah Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Pembinaan, Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Multimedia Kreatif (Animasi) dan Rekabentuk Grafik dan Media Cetak.

Dua program yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia pula ialah Operasi Pembinaan Bangunan serta Pemasangan dan Troubleshooting Peralatan Elektronik.

Pengarah KVKK, Izani Daud berkata, bagi pelajar di peringkat SVM, mereka berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://ift.tt/2SdtzzH dan diwajibkan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus di Pusat Pentaksiran yang telah dijadualkan,” katanya semalam.

Katanya, permohonan secara dalam talian telah dibuka bermula 7 September lalu hingga 2 Oktober depan dan pemohon boleh membuat semakan Pusat Pentaksiran bermula 12 Oktober hingga 6 November depan.

Jelasnya, pemohon boleh membuat semakan tawaran pada 5 Februari 2021.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Wan Siti Zuraida Muhammad Zain di talian 019-4552458/ 014-5018184 atau Mohd Zailani Mohamed Noor di talian 010-5553434.

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Kolej Vokasional Kuala Krai tawar 9 program appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post