“Kain siapalah dia remb4t tu” – Netizen Terhibur Tengok Mat Saleh Ni Pakai Kain Batik Masa Meeting Online

Semenjak PKP dilaksanakan dan hampir 80% daripada rakyat Malaysia telah diarahkan untuk bekerja dari rumah, kebanyakan daripada kita mesti sudah biasa dengan rutin meeting secara online.

Kalau bercakap tentang meeting online ni, korang mesti pernah pakai baju segak-segak tapi seluar pakai kain pelekat je kan?

Nampaknya budaya orang Asia Tenggara ini telah diikuti oleh seorang ahli perniagaan terkenal bernama Kevin O’leary yang mana perkara itu dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Kevin yang juga terkenal dalam siri TV Shark Tank ini sedang bercakap dalam satu meeting online. Walaupun dia nampak smart bersut hitam di bahagian atas, tidak ramai yang menyangka dia memakai kain batik berwarna biru di bahagian bawah. Cayalahh! 

Video:

@kevinolearytv

What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! #kevinoleary

♬ original sound – Mr. Wonderful

Perkongsian Kevin telah mendapat perhatian netizen terutamanya yang tinggal Asia Tenggara yang mana penggunaan kain batik seperti ini sangat popular di sana.

Menurut netizen, Kevin nampak santai dan selesa apabila memakai batik tersebut. Namun yang jadi persoalannya kenapa Kevin pakai kain batik yang sinonim dengan orang perempuan dan bukan kain pelikat yang selalu orang lelaki pakai?

Komen Netizen:

Lepas ni virallah kain batik kat US ye… best woo pakai kat rumah santai-santai. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post