“Mereka Lebih Mermerlukan Dari Saya” – Anak vivy Yusuf Derma Rm220 Untuk M4ngsa Banjir

PETALING JAYA – Kejadian bencana banjir yang berlaku di Malaysia telah mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghulurkan bantuan kepada m4ngsa terlibat.

Tragedi tersebut turut memberi kesan kepada usahawan e-dagang yang juga pemilik FashionValet Datin Vivy Yusof yang berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada m4ngsa banjir.

Menerusi perkongsian tersebut, Vivy memaklumkan dia sering berkongsi pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian bencana banjir yang telah melanda negara dengan menunjukkan video situasi terkini.

“Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada m4ngsa banjir.

“Wang tersebut hasil simpanannya untuk membeli mainan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Tambah Vivy, anaknya sempat memberitahu bahawa mereka (m4ngsa banjir) lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding dirinya.

Jelasnya, dia berasa puas setelah melihat tindakan anaknya itu dan berasa bangga kerana meletakkan nilai kemanusian lebih tinggi daripada mainan yang ingin dibelinya.

Rata-rata orang ramai yang melihat hantaran tersebut turut memuji tindakan anaknya itu.

Komen Netizen:

“Hebatnya jiwa anak muda yang baru berusia enam tahun mampu melihat kesedihan dan kesusahan orang lain. Terbaik Mariam,” kata @nrl.fasiha.

“Mariam, awak mempunyai hati yang sangat murni,” kata @tobingnota.

“Sekarang saya jeles sebab kanak-kanak enam tahun lagi berjiwa rakyat, terima kasih Mariam,” kata @rafiquqasya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/3kJY7Is



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post