Warga emas menangis tanda berterima kasih bersihkan rumah

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas tidak dapat menahan seb4k selepas kediamannya yang dilanda banjir lumpur yang teruk telah dibersihkan sekumpulan sukarelawan.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @e_pull, wanita itu kelihatan menangis sebaik dia dan team mengucapkan selamat tinggal untuk beredar.

“Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 untuk tolong apa yang mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan.

 

“Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya, dia bersuami tp tak der anak,” ciapnya.

Menurutnya, pada awalnya mereka tidak merancang untuk singgah di rumah wanita berkenaan.

“Aku & team mmg tak der plan nk singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, trus tanya ada apa nk tlg tak.. makcik ni ckp minta tolong bersihkan rumah dia.. then, kami terus stop kemaskan,” ujarnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai yang turut meluahkan rasa seb4k selepas mendapat tahu wanita tersebut tidak mempunyai anak dan hanya tinggal berdua bersama suami.

“Great job guys, airmata dia maknanya dia sgt2 berterima kasih & terhutang budi, mana larat nk buat kalau x de anak2 yg tlg,” ciap @nanisazy.

Komen Netizen:

“Ni batu 23 bang. Btw, terima kasih tolong orang kampung saya. Murah rezeki abang n team,” ujar Toyt @RinggoKacak pula.

“Yesss u see malaysian..lepas dia tolong org dia yg ucap terima kasih.lain btol level ni,” komen @namasay. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/3kJY7Is



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post