“Kepelbagaian Kaum Di Malaysia Membentuk Saya” – Michelle Yeoh

Walaupun membesar di negara orang, anak kelahiran Ipoh, Perak itu merasakan Malaysia sebagai salah satu penyumbang untuk dirinya ke tahap ini.

Malaysia negara yang indah

Ketika ditemui OhBulan!, Tan Sri Michelle Yeoh akui Malaysia memainkan peranan yang penting dengan kepelbagaian kaum yang ada. Ianya sedikit sebanyak membentuk dirinya yang sekarang.

Pelakon filem ‘Everything Everywhere All At Once’ yang telah melawati pelbagai jenis negara itu merasakan Malaysia merupakan satu negara yang indah.

Kita telah diajar untuk hidup dengan menghayati budaya masing-masing. Dan saya rasa itulah yang menjadikan saya orang antarabangsa.

Tambahnya, ketika di Malaysia, kita dapat mempelajari budaya itu dari rakan-rakan yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Dalam pada itu, Tan Sri Michelle Yeoh sempat berkongsi keindahan kampung halamannya, Ipoh yang dipenuhi dengan persekitaran alam semula jadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post