[Video] Syamsul Kembali Block Di Whatsapp, Puteri Sarah ‘Warning’ Jangan Masuk Campur K3s Sam4n Keluarga Ira Kazar

Pendedahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mend4kwa Puteri Sarah Liyana meminta duit dan harta yang lebih banyak itu telah membuatkan isteri pertama bersuara di Instagram (IG).

Nak bukti sangat

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Sarah mended4hkan Syamsul sudah kembali menyekat akaun WhatsApp miliknya.

Tegas aktres berumur 37 tahun itu, dia tidak pernah berjanji untuk menarik balik sam4n terhadap keluarga madunya, Ira Kazar semasa berbincang dengan Syamsul pada 9 April lalu.

Bagi betis nak peha

Dalam pada itu, di posting berbeza, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin perbualan yang memaparkan Syamsul mungkir janji untuk menyediakan rumah buat anak-anak.

Kata pelakon drama Melastik Ke Hatimu, dia terbuka hati untuk berbaik dengan Syamsul namun sama sekali tidak dengan keluarga Ira.

Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak peha. Sekian.

Sejurus pulang daripada Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa, Syamsul telah memuat naik video yang mend4kwa Puteri Sarah menukar perjanjian asal.

Lafaz cer4i yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula sam4n terhadap Ira Kazar dan keluarga selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Berikutan tiada lafaz cer4i daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cer4i Puteri Sarah pada 10 April lalu. Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahk4mah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam k3s permohonan percer4ian mereka. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahk4mah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cer4i selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post