Siapa suruh janji, kan dah ‘kejung’ mer4juk! Pramugari bingung kucing marah baju raya tak sedondon – “Ni haiwan ke manusia?”

KUCING pun boleh mer4juk! Kedengaran pelik tetapi itulah realitinya.

Video gelagat si bulus bernama Dodol yang terasa hati dengan tuannya, Emelia Malik mencuit hati netizen sehingga menjadi tular di media sosial.

Menurut Emelia atau lebih senang disapa Lilo, kucingnya merajuk gara-gara warna baju rayanya pada tahun ini tidak sedondon dengan dirinya.

“Saya beritahu dia Dodol kita nak sambut Hari Raya ni nanti mummy (panggilan Lilo) beli baju raya ye. Mula-mula saya nak belikan baju dia warna hitam sama dengan saya.

“Baju raya warna hitam untuk saiz Dodol dah tak ada. Jadi saiz XL (extra large) yang tinggal hanya warna biru. Jadi saya pun belikan sajalah. Saya beli mahal ya baju tu harga RM35. Nak belikan dia songkok tapi habis stok pula.

“Masa saya pakaikan tu dia memang tak nak tengok saya langsung, macam dalam video tu. Muka dia memang marah dan bengang dengan saya sebab tak sedondon. Tengok pun tak nak masa saya cuba tarik muka dia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ujar Lilo yang memiliki 14 ekor kucing di rumah, dia sendiri hairan melihat perangai Dodol sehingga timbul rasa keliru sama ada dia manusia atau haiwan sebenarnya.

Bercerita lanjut mengenai kucing kesayangannya ini yang dipelihara sejak tiga tahun lalu, Lilo sangat terharu memiliki haiwan sepintar Dodol.

Malah, Lilo yang merupakan pramugari sejak 20 tahun lalu, berasa bersyukur apabila membuat keputusan memelihara kucing di rumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lilo sangat menyayangi Dodol yang merupakan seekor kucing jalanan.

“Saya memang seorang pencinta kucing. Kalau jumpa haiwan tepi jalan pun saya akan berikan mereka makan. Alhamdulillah, sebab bela kucing ni rezeki saya sentiasa cukup. Saya percaya mereka doakan kita semula dimewahkan rezeki.

“Dodol ni kucing jalanan saja. Saya kutip dia masa tengah berteduh bawah kereta orang sebab hujan. Terketar-ketar badan dia kesejukan masa saya ambil.

“Paling best jaga Dodol ni, saya tak pernah tertinggal solat subuh sebab saya tahu dia akan kejut saya. Sama ada dia jilat muka atau lalu tepi saya sampailah saya tersedar pagi tu sekiranya terlupa kunci alarm (penggera) dekat telefon,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Berkenaan nama Dodol yang diberikan, ia bersempena momen Lilo sedang makan dodol sewaktu kucing itu menerima rawatan selepas pertama kali dijumpai.

Menganggap Dodol sebagai kucing istimewa, ujar Lilo, dia tidak menyangka si bulus kesayangannya ini mampu bertahan hidup sehingga kini walaupun ditimpa penyakit.

“Lepas ambil Dodol terus saya hantar pergi klinik veterinar. Saya tak tahu nak daftarkan nama dia apa. Masa tu kebetulan saya tengah makan dodol mini bentuk tiga segi tu. Itu yang namakan dia Dodol tu.

Antara kucing lain yang dijaga oleh Lilo.

“Bagi saya dia ni istimewa sikit sebab kena beri lebih perhatian. Dodol ada masalah penghadaman jadi kalau tersalah makan perut dia akan sakit. Sebelum ni Dodol dah tiga kali buat pembed4han usus tapi saya bersyukur sangat umur dia panjang.

“Saya terlalu sayangkan Dodol. Saya tak tahulah… kalau apa-apa jadi dekat dia, saya pun tak tahu apa jadi dekat saya juga lepas tu,” ujarnya menutupi kisah Dodol.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/xL1dCGj



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post