[VIDEO] “Tang Earing Tu Dapat Kat Mana Bang?” – Peraga Tudung Ikut Tahun, Tutorial Lelaki Ini Buat Ramai Berdek4h

Seiring dengan zaman yang berlalu, fesyen tudung pun mestilah berubah-ubah mengikut tahun kan? Tak dapat dinafikan, kaum perempuan memang kreatif bila bab melaram.

Macam-macam tutorial tudung perempuan boleh buat tak kira jenis material apa sekali pun! Tapi, korang boleh bayangkan tak kalau lelaki yang jadi model tudung?

Baru-baru ini, tular satu video kelakar di TikTok oleh Muhammad Farhan memapakan dirinya menggayakan style tudung perempuan dari tahun 1970-an sehingga 2022!

Menerusi video yang dikongsi, dilihat walaupun hanya menggunakan sehelai tudung berwarna kelabu cair, dia masih mampu untuk meniru pelbagai fesyen tudung.

Yang membuatkan ramai tidak mampu untuk menahan ketawa, dia turut menunjukkan gaya tudung BBNU yang mengenakan subang di telinga!

Macam-macam jenis tudung yang ditiru sambil membuat riak muka lucu, seolah-olah meniru ekspresi muka kaum hawa yang sedang selfie di depan kamera.

Video:

@farhannoobies

😂😂😂..semacam gaya.. #fypシ゚viral #fypシ #fyp #fypdongggggggg #pelitfyp #fypシ゚viral🖤tiktok

♬ original sound – MFS – Muhammad Farhan (MFS)

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata berdekah melihat impersonasi yang dibuat oleh lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang menyatakan wajah Farhan mirip dengan puteri perdana menteri, YB Nurul Izzah Anwar.

Antara komen daripada warganet:

“Muka mirip nurul izzah anak datok Anwar style pun sama 😂😂😂😂 maaf bukan kutuk tapi nyata😂😂😂😂😂

“bang….nak tanya subang beli kat mana”

“Kahkahkah tang earing tu kelako la siakk 🤣🤣

“aduh sakit perut 😅😂😀🤣

“kenapa nampak mcm nurul izzah?”

Sumber: yoy.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/IbfBEh5



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post