Eira Syazira Jual Kasut Ciplak Tipu Duit Pelanggan?


Jika sebelum ini pasangan ini pernah didakwa melarikan duit MLM sehingga membuat laporan polis ke atas pihak yang menuduh mereka, terbaru Eira Syazira pula dikatakan menipu pelanggan dengan menjual kasut ciplak dan mengenakan harga yang mahal sama seperti original.

Menurut laporan Utusan Online, bukan itu sahaja, malah dikatakan kasut yang diterima itu mempunyai jahitan tidak kemas, siap mempunyai kopak-kopak lagi pada bahagian tapak kasut itu. Perkara ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kasut yang dibeli individu itu merupakan barang rosak dari kilang.

Kata laporan itu lagi, individu itu telah membeli dua pasang kasut dengan harga yang mahal iaitu RM500. Namun beliau kecewa melihat keadaan kasut yang diterimanya itu serta sikap Eira yang tidak memeriksa kualiti kasut sebelum menjualnya memandangkan beliau telah membayar dengan harga yang tinggi.

Setakat ini Eira Syazira masih belum mengemukakan sebarang komen mengenai perkara ini. Tetapi diharap Eira tampil memberi penjelasan supaya tiada soal tuduh menuduh didalam hal ini. Namun jika perkara ini betul, semoga selepas Eira dapat perbaiki kualiti barangan yang dijual. - SUMBER ROTIKAYA

Post a Comment

Previous Post Next Post