"Ingat Saya Dah Gila Ke Nak Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?"


Selepas menerima pelbagai kritikan daripada gambar yang dimuat naik, Rozita Che Wan tampil mempertahankan diri, bahawa seluar yang dipakai itu mempunyai lapisan legging didalam. Malah katanya lagi, sebagai seorang wanita bertudung, beliau tahu cara berpakaian yang sesuai.

“Awak rasa saya sudah gila ke nak pakai seluar koyak tetapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah saya tahu apa yang saya buat, itu yang penting”

“Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka,” katanya kepada m Star Online berhubung cemuhan yang diterimanya akibat memakai seluar jeans koyak.

Bagaimanapun, seperti biasa Che Ta enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur caranya berpakaian seperti muslimah. Baginya, teguran yang diberikan itu hanya ingin mencari kesilapannya semata-mata setiap kali memuat naik gambar di media sosial.

Semalam kecoh apabila Che Ta memuat naik gambar yang menunjukkan beliau memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut sehingga menampakkan bahagian kulit beliau. Kebanyakan peminatnya mula mempersoalkan cara pemakaian Che Ta yang dilihat tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. - ROTIKAYA

Post a Comment

Previous Post Next Post