Foto Unik Abang Bomba Abadikan Gambar Kahwin


SUDAH menjadi kelaziman bagi setiap pasangan yang berkahwin akan mengabadikan detik-detik manis sewaktu menjijakkan kaki ke alam baharu dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk foto-foto yang menarik dan unik.

Perkahwinan ‘gila-gila’ kini makin trend kebanyakan pengantin baharu gemar mengabadikan gambar mereka di tempat kerja bersama-sama dengan rakan-rakan setugas.
Komitmen yang digalas nyata terbawa-bawa ke gerbang perkahwinan dan memilih tempat bekerja sebagai salah satu tempat untuk mengabadikan gambar perkahwinan.
Kebiasaannya, rata-rata pengantin memilih tempat-tempat yang cantik dan unik untuk foto-foto kenangan mereka. Namun berbeza dengan pula dengan anggota bomba ini.
Dia menjadikan lapangan latihannya sebagai background untuk foto perkahwinannya. Hanya tampil segak berpakaian seragam anggota bomba.
Ternyata gambar itu mempunyai keunikan tersendiri dan punya seribu makna yang tersirat.
Suatu pilihan yang bijak bagi pasangan mempelai ini, kerana tidak berhabis duit semata-mata untuk mengabadikan gambar kahwin mereka.
Rata-rata pengguna media sosial yang melihat aksi foto ini turut memuji tindakan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Di sini kami turut kongsikan beberapa foto-foto menarik ahli bomba sewaktu sesi fotografi di hari bahagia mereka. – MYNEWSHUB.CC

10418921_807611559286591_1351173618119232540_n

10696289_10152817174474998_8488562298301211645_n

11020226_1478430588925307_1182432995861507363_n

11781767_10207031218319683_651241529306237915_n

12347724_10153537235869998_2470050379282769525_n
12919694_10154105471174207_2187756406700299632_n

Post a Comment

Previous Post Next Post