Wanita Diserang Orang Ramai Hanya Memerhati


SATU rakaman video yang dimuatnaik di China telah mengejutkan ramai selepas seorang wanita dibelasah dan diserang oleh seorang lelaki tetapi malangnya orang yang berada di sekeliling hanya memerhati.
Kejadian itu berlaku pada waktu siang di Chengdu.
11
Dalam rakaman berkenaan, wanita itu telah menggunakan penyembur lada terhadap lelaki berkenaan sebelum lelaki itu merampas penyembur tersebut dan menyembur ke muka wanita terbabit.
Lelaki itu kemudiannya menarik rambut dan leher wanita malang tersebut sebelum menghentak kepalanya ke tepi rel besi.
Lelaki itu turut berlawan dengan wanita terbabit dan memukul kepalanya.
Meskipun wanita itu cuba melawan namun dia sukar melawan tenaga lelaki.
Nasib baik seorang wanita datang membantu dengan menarik lelaki itu manakala seorang lagi wanita yang hanya memerhati sebelum itu, kemudiannya telah datang membantu.
Serangan itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial Weibo dengan ramai yang mengecam lelaki terbabit. Punca kejadian masih disiasat. – Mynewshub.cc

Post a Comment

Previous Post Next Post