Kejadian malang yang menimpa murid sekolah tahun satu yang maut dipatuk ular sangat mendukacitakan seluruh negara.
Sebelum ini, kami ada melaporkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Terbaharu, menerusi laman sosial tersebar kisah ajaib yang belaku kepada mayat murid tahun satu berkenaan di mana mayatnya dikatakan teresak-esak dan tangan tergerak-gerak.
Berikut merupakan kisah yang tersebar.
Kecoh tentang murid yang dipatuk ular tadi teresak-esak semasa dimandikan..Tangan juga tergerak-gerak semasa mak ayah dia berbisik di telinga dia..Ambulan segera ke rumah mangsa..Bagi bantuan oksigen..Tapi nadi dah takde..Keluarga arwah ambil keputusan untuk tanam esok..Mengharapkan keajaiban di malam ini..Solat hajat telah dilakukan..Semoga dipermudahkan semua..
Tags:
mazeer