Faye Kusairi Tahu Siapa Pengadu Buat Laporan Palsu Khalwat


Beberapa hari lalu Faye Kusairi meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak membuat laporan palsu sehingga kediaman keluarganya diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Terbaru, Faye memberitahu bahawa beliau sudah mengetahui siapakah dalang insiden berkenaan.

“Saya datang dengan hati terbuka nak tahu SOP. Dia tersasul satu nama dan dakwa ada kaitan. Nama sudah ada cuma saya tidak boleh beritahu sebab Jais yang kena cakap. Penolong pengarah Jais sudah cakap dengan saya sebut nama tapi bukan hak saya untuk beritahu”

“Saya hendak mereka cakap kepada media atau orang ramai, jelaskan siapa pengadu. Mereka yang perlu buat. Mereka yang terima fitnah. Siapa suruh mereka terima,” katanya kepada Projek MMO selepas salah seorang daripada pegawai JAIS mendedahkan nama pengadu tersebut.

Faye memaklumkan perkara berkenaan selepas pendedahan dibuat dalam satu pertemuannya bersama pihak JAIS beberapa hari selepas insiden pecah masuk itu. Bagaimanapun, JAIS enggan memberikan sebarang komen buat masa ini apabila dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. (rkty/w)

4- Faye Kusairi Tahu Siapa Buat Aduan Khalwat - jpeg

Post a Comment

Previous Post Next Post