" Andai Kamal Jodoh Saya..." - Emma Maembong

Pernah satu ketika, pelakon Kamal Adli menyatakan hasratnya untuk melamar bintang glamor Emma Maembong untuk dijadikan sebagai isteri, namun masih lagi menunggu restu daripada ayah Emma.
 
Iyalah, menurut orang yang lebih makan garam, restu kedua orang tua itu sangat penting dalam mendirikan rumah tangga. Walaupun begitu, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan hubungan mereka kerana dilihat tidak begitu serius.
 
Menurut aktres comel itu, untuk mendirikan rumah tangga biarlah sekali seumur hidup, jika ditakdirkan Kamal jodohnya, tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Andai Kamal jodoh saya, tiada apa yang perlu dirisaukan. Bagi saya tak perlu ada ikatan yang rasmi sebagai simbol Kamal milik saya. Seterusnya, saya akui pengalaman lalu membuatkan saya lebih berhati-hati," ujarnya kepada Berita Harian.
 
MH Online mendoakan agar hubungan pasangan bak merpati dua sejoli ini kekal hingga ke jenjang pelamin dan bahagia hingga ke jannah.

#sumber Berita Harian
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post