Polis terpaksa pergi ke tengah laut untuk menangkap seorang lelaki yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap kerabat Diraja Johor.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek berusia 46 tahun itu ditahan ketika sedang memancing di atas sebuah bot di Pulau Tioman, kira-kira 200km dari sini.
Penahanan dilakukan pada pukul 11 pagi Selasa.
Beliau berkata lelaki tersebut ditahan selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya pada 28 Mei lalu.
Suspek didakwa menghina Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan rakyat Johor.
Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek memuat naik komen tersebut di laman Facebook menggunakan akaun ‘Minah Pendek’.
“Polis turut merampas dua telefon bimbit dan sim kad dari suspek,” katanya dalam satu kenyataan media.
Suspek direman untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Wan Ahmad Najmuddin turut menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap orang lain.
Sumber: Mstar
Terbaekk
ReplyDelete