Kereta terjunam dalam gaung

Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terjunam dalam gaung ketika mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal yang masuk ke laluannya di Kilometer 56 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, dekat sini pagi tadi.

Lelaki cedera kereta jatuh gaung

Lelaki cedera kereta jatuh gaung

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, M Jayaselven, 50, dari Bandar Bukit Beruntung sedang memandu Perodua Axia bersendirian, terkejut apabila melihat sebuah motosikal gagal memotong sebuah lori, menyebabkannya mengelak namun hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata kereta mangsa terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter namun mangsa bernasib baik kerana terselamat.

“Anggota polis trafik yang bergegas ke tempat kemalangan dengan dibantu orang ramai berjaya menarik mangsa naik ke atas tebing jalan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan pada kiri kepalanya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post