Budak ditinggalkan ibu bapa di hutan kerana nakal sudah ditemui

Seorang budak lelaki tujuh tahun yang hilang selepas ditinggalkan ibu bapanya dalam hutan yang dihuni beruang di utara Jepun seminggu lalu, ditemui selamat hari ini.

Budak hilang ditinggalkan dalam hutan ditemui hidup

Budak hilang ditinggalkan dalam hutan ditemui hidup

Budak itu ditinggalkan sebagai hukuman kerana membaling batu ke arah kereta dan orang ramai.

Baca artikel sebelum: Ibu bapa lapor polis anak 7 tahun hilang dalam hutan habitat beruang, tapi sebenarnya mereka sengaja tinggalkannya di sana sebagai hukuman

Kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan sihat itu ditemui dalam pangkalan tentera kira-kira jam 7.50 pagi waktu tempatan, kata jurucakap polis.

“Seorang anggota Pasukan Pertahanan Diri yang dalam latihan menemui budak lelaki itu.

“Beliau tidak mengalami kecederaan luar yang jelas dan budak itu memperkenalkan diri sebagai Yamato Tanooka,” kata pegawai.

Jurucakap pasukan itu, Manabu Takehara, juga mengesahkan budak itu sudah ditemui.

“Beliau kelihatan sihat tetapi dihantar ke hospital dengan helikopter untuk pemeriksaan,” katanya.

Kanak-kanak itu hilang sejak Sabtu lalu selepas diarah keluar daripada kereta sebagai hukuman kerana nakal.

Ibu bapa budak itu pada awalnya memberitahu polis anak mereka sesat ketika keluar memetik sayur-sayuran liar tetapi kemudian mengaku mereka marah dengan perlakuannya. – AFP

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post