JPJ sahkan renew roadtax kenderaan guna cap jari pemilik tidak perlu, cara sedia ada masih kekal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menegaskan pembaharuan cukai jalan bagi Lesen Kenderaan Motor kekal seperti sedia ada dan tidak perlu membuat pengesahan biometrik.

Sehubungan itu, JPJ dalam satu kenyataan sebentar tadi, meminta orang ramai jangan terpedaya dengan khabar angin berkenaan, yang sejak kebelakangan ini tersebar luas dalam media sosial.

“Diharap orang ramai dapat mengesahkan sebarang mesej seumpamanya dengan JPJ terlebih dahulu. Jangan percaya kepada apa-apa mesej berantai yang diterima melalui media sosial atau aplikasi WhatsApp.

“Proses memperbaharui cukai jalan kekal seperti sedia ada di mana pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke JPJ dan tiada pengesahan biometrik diperlukan bagi urusan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ turut memaklumkan mulai 1 September ini, mana-mana kenderaan yang memperbaharui Lesen Kenderaan Motor akan dikeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) baharu bagi menggantikan Perakuan Pendaftaran Kenderaan (Geran).

“Penggantian Geran kepada VOC akan dibuat dalam urusan pindaan atau pembetulan rekod kenderaan yang belum pernah mendapat VOC. Pengeluaran VOC pada kali pertama adalah percuma.

“Bagi kenderaan yang sudah mendapat VOC pula, JPJ boleh mengeluarkan salinan VOC baharu atas permintaan pemilik sekiranya berlaku sebarang pindaan atau pembetulan rekod kenderaan,” katanya.

Pembaharuan cukai jalan tidak perlu pengesahan biometrik - JPJ

Pembaharuan cukai jalan tidak perlu pengesahan biometrik – JPJ

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post