Ziana Zain akan saman penganjur Konsert High Note

Penyanyi popular Ziana Zain akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Konsert High Note iaitu DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro kerana tidak menjelaskan 50 peratus baki bayaran untuk persembahannya di konsert itu tahun lalu.

Ziana Zain akan saman penganjur Konsert High Note

Ziana Zain akan saman penganjur Konsert High Note

Ziana, 49, berkata, selepas hampir dua bulan menjayakan konsert itu bersama Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter di Istana Budaya, di sini, pihaknya masih belum menerima baki bayaran itu.

“Ada perbincangan di antara pihak pengurusan semua artis terbabit dan kami bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya dan mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Ziana berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pengurusnya, Alin.

“Dia yang menguruskan hal persembahan dan berkaitan. Dia juga berpesan kepada saya supaya memberi fokus kepada perniagaan dan nyanyian kerana dia akan uruskan semuanya berkaitan konsert itu.

“Selain pihak pengurusan, akan ada peguam yang dilantik bagi menguruskan kes ini,” katanya.

Konsert High Note berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 November tahun lalu yang menyaksikan persembahan hebat daripada Ziana, Jaclyn dan Azlan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ziana Zain akan saman penganjur Konsert High Note

Post a Comment

Previous Post Next Post