Azmi Hatta lupa hari lahir anak, Elly Mazlein anggap dia pergi ‘berperang’

Penyanyi Elly Mazlein menganggap bekas suaminya sibuk “berperang” sehingga terlupa sambutan hari lahir cahaya mata mereka semalam.

Azmi Hatta lupa hari lahir anak

Azmi Hatta lupa hari lahir anak

Elly, 37, berkata selain tidak mengucapkan selamat hari lahir, Azmi Hatta turut lewat memberikan nafkah kepada Putri Sara Sefhia, 1.

“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak.

“Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada. Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya.

“Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tetapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan itu hamil empat bulan.

Elly berkata Azmi sengaja tidak diundang pada majlis hari lahir Sefhia semalam bagi menguji kasih sayang bapa terhadap anaknya.

“Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tidak menjemput dia ke majlis hari ini sebab ada atau tidak, sama sahaja.

“Patutnya sebagai bapa dia tahu, tidak mungkin saya kena ingatkan,” dia dilaporkan berkata.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Azmi Hatta lupa hari lahir anak, Elly Mazlein anggap dia pergi ‘berperang’

Post a Comment

Previous Post Next Post