Ada yang kata Ozlynn ni suka propa lebih dalam media sosial. Keluar berjalan pakai baju tidur dan selipar jepun pun dia tak kisah walaupun dia seorang yang dikenali ramai.

Kata suara- suara sumbang di belakang “Memanglah dia tak kisah keluar buruk-buruk, tak bersolek dan sebagainya, itu kerana dia tu bini Johan. Cuba kalau dia bukan siapa- siapa atau bukan bini Johan, mesti dia tak macam tu. Jadi apa yang dia cuba tunjukkan sebenarnya?”

Amboi bukan main punya prasangka buruk ya. Ada saja tak betul tentang orang tu. Pada Mary Jane, biarlah dia nak buat apa pun itu kan hak dia. Kalau dia nak pakai baju tak ada jenama pun itu dia punya sukalah.

Tapi kadang betul juga kata orang tu, kalau orang tu tak suka kita, buat apa pun orang tak suka dan benci. Mary Jane tak sukalah orang macam ni. Buat Ozlynn, bertabahlah. Biasalah, orang cantik macam kita, akan selalu kena uji. Ingat tu!