AME 2018 Bawa Misi Kesedaran Atasi Kemurungan, Buli Siber

AME 2018 Bawa Misi Kesedaran Atasi Kemurungan, Buli Siber

Pencalonan awal telah dibuka untuk undian. (Pic: Instagram @meletop & @astrogempak)

Membawa misi menyuntik kesedaran dalam mengatasi kemurungan dan gejala buli siber, Anugerah MeleTop Era (AME) 2018 diharap mampu menyampaikan mesej positif kepada khalayak serta penggiat seni tempatan.

Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris berkata, sedari awal penganjuran AME hingga ke tahun kelima ini matlamat asalnya bukan sekadar mengiktiraf karya seni, nilai komersial artis, mendekatkan selebriti dan peminat malah menggalas tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Tumpuan terhadap buli siber terhadap selebriti.

"AME kembali lagi buat tahun kelima dengan matlamat jelas yang bukan saja menyemarakkan industri seni menerusi penyampaian anugerah malah pada masa sama meneruskan tanggungjawab sosial untuk kita sama-sama lebih peka.

"Kali ini kami memberi tumpuan terhadap gejala kemurungan serta budaya buli di alam siber yang sering dihadapi kebanyakan personaliti hiburan yang kadang kala kurang disedari orang sekeliling.

Pentas AME jadi pencetus misi.

"Besar harapan kami setiap daripada kita dapat sama-sama membantu menyuntik rasa peka terhadap kedua-dua masalah ini sekali gus menjadikan pentas AME 2018 sebagai pencetus permulaan misi ini," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman Top 20 AME 2018 yang berlangsung di Hotel Hilton KL yang turut dimeriahkan kehadiran lebih 50 barisan selebriti.

16 kategori dipertandingkan.

Menyentuh mengenai acara gilang gemilang yang bakal diadakan Axiata Arena Bukit Jalil pada 8 April depan, dua hos sensasi iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad dikekalkan mengacarakan anugerah itu.

Sementara itu, kata Namanzee, tahun ini akan menyaksikan sebanyak 16 kategori dipertandingkan dengan memberikan penonton kuasa mutlak dalam menentukan pemenang.

Pelbagai bidang termasuk digital.

"AME 2018 lebih mantap, meriah dan terus mengekalkan format asal yang secara jelas meraikan karya dan personaliti paling hit serta meleTOP merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang 2017.

Undian seratus peratus di tangan peminat.

Enam belas kategori itu ialah Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Drama MeleTOP, Filem MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Program MeleTOP, Si Cilik MeleTOP, Couple MeleTOP dan Penyampai Radio MeleTOP.

Zizan di dalam lima kategori.

Selain Zizan Razak yang berada di dalam lima kategori untuk pencalonan awal ini, calon Top 20 yang menarik perhatian adalah pasangan pengantin baru, Izreen Azminda dan suaminya, Ude yang berada dalam kategori Couple MeleTOP.

Si cilik Syerivsamheizy juga tercalon.

Undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal mula dibuka pada 22 Januari, 2018, jam 6.00 petang hingga 23 Februari 2018, jam 12.00 tengah hari.

Undian boleh dibuat secara online menerusi tiga platform iaitu di laman web rasmi http://ift.tt/2mhSrnX; aplikasi ERA dan aplikasi Raku yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Antara yang tercalon di peringkat awal.

AME bakal berlangsung pada Ahad, 8 April 3018 di Axiata Arena, Bukit Jalil selain dipancarkan terus di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).



Sumber AME 2018 Bawa Misi Kesedaran Atasi Kemurungan, Buli Siber

Post a Comment

Previous Post Next Post