Mufti: Ahli politik jangan maki hamun waktu kempen PRU14

Pemimpin politik dinasihatkan menghindari amalan memaki hamun semasa berkempen PRU14, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. — Foto oleh Choo Choy MayPemimpin politik dinasihatkan menghindari amalan memaki hamun semasa berkempen PRU14, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. — Foto oleh Choo Choy MayKANGAR, 17 Jan — Para pemimpin politik dinasihatkan menghindari amalan memaki hamun semasa berkempen dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membuat peringatan itu berkata amalan  berkenaan dilarang oleh Islam apatah lagi orang yang dimaki itu hanya musuh politik.

Beliau menyatàkan demikian pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

“Contohilah  amalan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah sama sekali memaki hamun orang yang menentang baginda semasa berdakwah,” katanya.

Mohd Asri berkata terdapat hadis mengisahkan Nabi Muhammad SAW memarahi isteri baginda, Aishah kerana membalas salam seorang bangsa Yahudi yang membawa maksud tidak baik dan tidak melambangkan keindahan ajaran Islam.  

Beliau  kesal kerana segelintir pemimpin  parti politik di negara ini memulakan  ceramah dengan memberi salam tetapi sepanjang ceramah dipenuhi dengan maki hamun dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap musuh politik parti mereka. — Bernama



Sumber Mufti: Ahli politik jangan maki hamun waktu kempen PRU14

Post a Comment

Previous Post Next Post