Wenger digantung 3 perlawanan, denda

LONDON: Arsene Wenger digantung tiga perlawanan dan dikenakan denda oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) berikutan komen dibuatnya mengenai pengadil pada Ahad lalu, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berdepan West Brom.

Dalam kes berasingan, bos Arsenal itu juga diminta FA untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakannya terhadap keputusan penalti yang tidak menyebelahi Gunners dalam kedua-dua perlawanan mereka dalam tempoh perayaan lalu, ketika berdepan Baggies dan Chelsea.

"Arsene Wenger akan dikenakan hukuman penggantungan untuk tiga perlawanan seterusnya selepas didakwa atas salah laku," kata kenyataan FA.

"Ia berikutan pendengaran kes oleh suruhanjaya bebas mengenai peraturan yang mendapati pengurus Arsenal itu mengakui bahasa digunakannya dan kelakuan terhadap pegawai perlawanan selepas perlawanan menentang West Brom pada Ahad adalah salah, tidak sepatutnya dan mempersoalkan integriti pengadil perlawanan. Dia juga didenda 40,000 pound (RM216,703)." - AFP



Sumber Wenger digantung 3 perlawanan, denda

Post a Comment

Previous Post Next Post