Mourinho nyanyuk: Conte

LONDON: Bos Chelsea, Antonio Conte sebentar tadi mencetus perang mulut apabila menganggap Jose Mourinho seperti orang nyanyuk atau pelupa kerana pengurus Manchester United itu masih memberi fokus terhadap apa yang berlaku di Stamford Bridge, selepas dua tahun beliau dipecat.

Mourinho, yang dua kali berada di Chelsea, mengecam pengendali Itali itu (Conte) yang menggantikannya dan juga bos Liverpool, Jurgen Klopp kerana gelagat mereka dalam kawasan teknikal semalam, apabila beliau secara sinis berkata, mereka tidak sepatutnya bertindak seperti badut di garisan padang.

Ditanya mengenai komen Mourinho, Conte menggunakan perkataan Itali "demenza senile" yang berkaitan bahasa Portugal dan diterjemah sebagai 'senile dementia'.

"Saya rasa dia perlu melihat dirinya pada masa lalu - mungkin dia bercakap mengenai dirinya pada masa lalu," kata Conte. "Mungkin, kadang kala, saya rasa seseorang lupa apa yang dia cakap sebelum itu, yang memang perangainya.

"Kadang kala, saya rasa memang ada, saya tidak tahu apa, tetapi demenza senile... apabila anda lupa apa yang anda buat sebelum itu."

Conte kini berada dalam musim keduanya selaku ketua jurulatih Chelsea dan Mourinho pula mengendalikan United.

Conte menambah komennya mengenai pengendali Portugal itu: "Ada orang yang terus melihat ke sini. Anda faham tak? Dia sudah pergi tetapi masih melihat ke sini," - AFP



Sumber Mourinho nyanyuk: Conte

Post a Comment

Previous Post Next Post