Perak tak pandang mudah lawan

IPOH: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tidak memandang mudah semua pasukan dalam saingan Liga Super 2018 kerana menyifatkan kekuatan masing-masing dalam saingan musim ini adalah seimbang.

Ia selepas jurulatih dari Australia itu melihat kemampuan semua pasukan menempuh tiga perlawanan setakat ini.

Mehmet berkata, tiada pasukan boleh dianggap kebal kerana kesilapan mudah boleh menyebabkan mereka boleh ditewaskan lawan kurang ternama.

"Sesiapa saja boleh ditewaskan, setiap pasukan ada kelebihan dan kekuatan masing-masing," katanya.

Berdasarkan rekod tiga perlawanan setakat ini, hanya PKNS FC masih belum tumpas sekali gus berada di puncak liga dengan tujuh mata.

Perak pula mengutip empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Perlawanan skuad The Bos Gaurus seterusnya ialah menentang Kelantan yang setakat ini sedang berusaha mencari formula kemenangan.

Begitupun Durakovic tidak menganggap pasukannya akan mendapat peluang mudah dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamed IV itu.

"Dalam apa keadaan sekalipun saya tidak menganggap mudah perlawanan ini kerana Kelantan bukan calang-calang pasukan," katanya.



Sumber Perak tak pandang mudah lawan

Post a Comment

Previous Post Next Post